Salam Perkenalan

Assalamualaikum,Selamat Datang dan terima kasih kerana surf kat blog saya... kat sini kita boleh berkongsi apa2 aje... tak kiralah apa2 bidang...agama, politik, sosial dan apa2 aje... bisnes pun ok gak... maklumlah nak tambah pendapatan. kalau nak sumbangkan apa2 bahan silakan..
Anda boleh juga berforum kat

http://azizul.x.am/

Wednesday, September 30, 2009

E-Book ttg internet

Assalamualaikum


E-book akan dijual dijual kepada sesiapa yang berminat dengan harga yang cukup berpatutan. e-book ini setebal 40 mukasurat... kandungan adalah seperti pada cover..harga yang saya tawarkan cuma RM 8.50 SAHAJA!!!.

Balas post saya jika berminat..

Tempahan Dibuka Sekarang!!!!! CEPAT!!!




11 jenis manusia yang didoa malaikat

Bahan ini saya perolehi dr kawan saya menerusi email...so ambil iktibar....

11 jenis manusia yang didoa malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...