Salam Perkenalan

Assalamualaikum,Selamat Datang dan terima kasih kerana surf kat blog saya... kat sini kita boleh berkongsi apa2 aje... tak kiralah apa2 bidang...agama, politik, sosial dan apa2 aje... bisnes pun ok gak... maklumlah nak tambah pendapatan. kalau nak sumbangkan apa2 bahan silakan..
Anda boleh juga berforum kat

http://azizul.x.am/

Thursday, April 21, 2011

TIPS ELAK MENGANTUK...


Rasa mengantuk waktu di pejabat biasa terjadi bila lepas makan tengahari! Bila rasa mengantuk datang, mulalah rasa malas nak buat kerja. Spoil betul bila tengok kawan menguap-nguap macam nak bagi langau masuk merasa paru lembu yang terselit celah gigi masa makan tadi. Ada tips nak berkongsi.



Tips cara i, jom kongsi bersama :-

Dengar muzik

Jangan biarkan suasana meja anda sunyi dan suram seolah-olah baru saja ada pengkebumian sebentar tadi. Buka mp3 kat henpon canggih anda, apa lagi layanlah lagu korea! Seboleh-bolehnya layanlah lagu yang kita tak faham, dapat belajar bahasa asing. Nak dengar lagu Tamil pun ok juga! Ingat 1 Malaysia.

Basuh muka

Perempuan memang jarang buat benda ini sebab sayangkan mekap Safi Balqis dia itu. Cuci muka memang akan buat kita segar dalam sekelip mata sebenarnya. Nak lagi segar gila-gila pun boleh cuci saja bii mata dengan air sabun! Mujarab. Keberkesanannya memang telah diuji.

Senaman ringan

Lakukan senaman yang mudah tak perlu bangun dari kerusi tu pun tak apa. Memang masing-masing berat bontot kalau dah dapat duduk lama. Senaman seperti tarik nafas dalam-dalam pastu tahan nafas. Agak-agak kalau muka dah kebiru-biruan sikit baru turun nafas. Lakukan berulang-ulang kali. Mematah-matahkan juga jari-jemari dan tengkuk sampai berbunyi, last sekali mengeliatlah sikit macam bangun pagi itu!


Minum


Minumlah apa-apa minuman yang menyegarkan. Minum nescafe 3 in 1 pun ok. Buat panas-panas, pastu minum. Milo cacing pun boleh juga. Nak mujarab minum air panas yang menggelegak tu. Lagi apa ya? oohh yahh KOPI JANDA! aahaha.. sambil menyanyi...

"mari minum kopi janda, setiap hari setiap masa.
Rasa enak yang menggoda, rasa sedap bergelora"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...