mirputra
Setiap kali kita makan nasi…tahukah kita dari mana datangnya beras itu? Bila kita makan ikan, dari mana datangnya ikan itu? Bila kita makan ayam, dari ladang mana ayam itu? Pengguna sudah tak kisah kalau peha ayam dari Manjong, kepak ayam dari China, dada dari Vietnam. Itu tak penting…yang penting kita makan saja.
Bila kita makan sayur, tahukah kita sayur itu dari Indonesia atau dari Australia?
Ramai pelawat ke Cameron Highlands suka mencari ubi keledek rebus Cameron Highlands. Ubi keledek ni special sebab kurang serat dan manis. Apa yang orang tak tau…ubi ini dari Indonesia tapi dijual di Cameron Highlands.
Ramai orang beli carrot dan broccoli kat Cameron Highlands…tapi apa yang orang tak tau, carrot dan broccoli itu semua dari
Australia. Carrrot Cameron Highlands kecik-kecik dan dijual dengan daunnya sekali.
Australia. Carrrot Cameron Highlands kecik-kecik dan dijual dengan daunnya sekali.
Baru-baru ini, heboh pasai telur tiruan dijual di Pulau Pinang. Dulu pun ada orang jual telur ayam murah di Kuala Kangsar. Kalau telur ayam biasa, satu tray antara RM8-10. Tapi ada orang jual hanya RM5.00 untuk satu tray (30biji). Belum sempat keluar lori dah habis.
Pengguna hanya mahu barangan yang murah tanpa mahu mengetahui dari mana asal usul barangan itu dan berapakah kos yang munasabah. Depa tak peduli kalau telur ayam itu telur reject dari pusat penetasan anak ayam.
Maklumat rangkaian makanan ini sengaja diputuskan untuk memastikan pengguna boleh ditipu. Sekarang ini berapa ramai yang tahu sama ada ikan itu datang dari Pangkor atau Narathiwat? Berapa ramai yang kenal mana kobis Cameron Highlands, kobis Indonesia atau kobis China? Peduli la…yang depa tau kobis murah atau kobis mahal.
Pengguna menetapkan spesifikasi tentang barang yang depa mahu. Murah, segar, dan sedap. Kalau makanan yang sudah siap…spesifikasinya ialah , bau rupa, rasa.Hangpa nak bubuh apa…itu aku tak peduli.
Keselamatan makanan tak termasuk dalam spesifikasi. Peduli la kalau penuh dengan racun. Kadang-kadang aku kesian tengok pelancong ke Cameron Highlands yang kemaruk strawberry. Sampai saja terus petik..dan terus masuk mulut.
Cuba fikir…strawberry tak tunggu hujung minggu atau hari cuti baru dia nak masak. Strawberry tak tunggu pelancong untuk masak. Dan untuk memastikan buah strawberry masak serentak dengan kedatangan pelancong..macam-macam depa bubuh. Kalau mahu racun-racun yang diharamkan, yang diseludup masuk dari Thailand…pergi Cameron Highlands. Tapi kena ada kabel la.
Sama macam mana sistem pendidikan dipisahkan dari masyarakat..pertanian juga dipisahkan dari pengguna. Kalau ibubapa sudah tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku disekolah, pengguna juga sudah tidak mahu ambil tahu tentang apa yang berlaku diladang atau kebun.
Dalam pendidikan, ibu bapa hanya mahu tahu anak depa dapat berapa "A". Depa tak peduli kalau sistem pemarkahan itu dimanipulasi untuk menghasilkan lebih ramai pelajar yang dapat "A". Depa tak peduli kalau markah lulus untuk Additional Mathematics ialah 1. Dapat satu markah pun lulus!!
Dalam pertanian, pengguna hanya mahu sayur yang segar dan murah. Hangpa nak buat macam mana..itu hangpa punya pasal.
Kemudian datang hypermarket. Mula-mula dulu Giant, Carrefour,Makro,tapi yang paling agresif ialah TESCO. TESCO dianggap "berjaya' kerana dibantu oleh ajensi kerajaan seperti FAMA ataupun Pertubuhan Peladang.
Kriteria utama TESCO ialah MURAH. Kalau harga cabai masak di pasar awam berharga RM10.00 sekilo, TESCO mesti jual antara RM6.00-8.00. Kalau harga di pasar awam jatuh kepada RM4.00, TESCO akan jual lebih murah lagi.
Itu harga jualan runcit. Berapa harga diladang? Katakan TESCO ambil untung 30%. Pembekal yang meraih dari peladang perlu ambil minima 70%. Ramai orang ingat orang tengah ambil untung atas angin dan mencekik darah…tapi kena ingat…orang tengah kena bayar petrol, tol PLUS, tol JPJ, tol trafik. Berapa yang petani dan pekebun dapat? Sedangkan harga baja, upah pekerja semakin meningkat!
Pembekal kepada TESCO ini juga perlu menanggung modal yang tinggi. Setiap kali penghantaran belum tentu dapat bayaran dalam masa sebulan. TESCO jual barang secara tunai dan duit tu depa masuk dalam bank. Dua bulan dah berapa interest yang depa kutip? Manakala orang tengah kena pinjam dari bank untuk menanggung kos dan terpaksa membayar interest.
Pengguna pula dah tak mahu beli sayur di pasar awam sebab mahal. Petani pula tak sanggup nak jual kepada pembekal TESCO sebab harga yang terlalu murah. Akhirnya…lebih baik tanam sawit.
Tapi…kalau petani tak mau tanam sayur, apakah TESCO tak dapat bekalan? Depa buat hubungan dengan cukong-cukong kaya untuk membuat ladang sayur Hi tech yang memerlukan modal jutaan ringgit.
Hangpa seronok makan broccoli, cauliflower, salad ataupun sayur-sayur iklim sederhana. Kacang panjang, terung, kobis..macam dah tak ada standard. Dari mana datang sayur-sayuran ini?
Siapa yang duduk sekitar Nilai tentu tau ladang sayur Sime Fresh. Ladang ni tak tanam sayur kat tanah…tapi menggunakan teknologi Aeroponik. Ingat lagi siapa businessman yang pergi Israel zaman Mahathir dulu? Teknologi Aeroponik ini diimpot dari Israel.
Akhirnya? Petani-petani susah nak cari makan disebabkan TESCO. Memang pada mulanya, TESCO dikenali sebagai cuba membantu petani. Ramai pegawai-pegawai Jabatan Pertanian dan FAMA menyanjung TESCO tapi kalau pernah berurusan dengan TESCO…tau la.Seperkara lagi, setiap kali TESCO membuka cawangan baru, kedai-kedai kecil terpaksa tutup. Macam mana nak bersaing dengan TESCO? Cuma yang kreatif sikit…yang dapat bertahan.
Benarkah harga barang-barang di TESCO itu murah? Apa definasi murah?
Tak perlu serabut kepala. Cuma tengok harga kereta. Kalau nak dibandingkan, semua orang akan kata harga Proton murah. Memang murah kalau dibandingkan dengan kereta lain. Tapi nilai sebenar Proton berapa? Harga Proton murah kerana harga kereta lain dinaikkan dengan menaikkan cukai impot.
Dalam pertanian pun macam itu. Sebelum TESCO datang..harga baja dan harga racun serangga, racun kulat jauh lebih murah. Sayur-sayuran pun murah. Tapi pasai apa sekarang mahal?
Kita semua kena tipu sebab kita tak peduli macam mana TESCO berniaga. Mampuih pi la dia nak buat macam manapun, janji aku boleh beri barang dengan harga murah. Mampuih pi la kalau ada petani yang jual kebun…janji aku dapat beli barang dengan harga yang murah. Kalau TESCO nak impot barang dari China pun..mampuih pi la kat depa.
p/s dipetik dari http://gigitankerengga.blogspot.com/2011/08/realiti-yang-kita-sedang-hadapi.html
No comments:
Post a Comment