Salam Perkenalan

Assalamualaikum,Selamat Datang dan terima kasih kerana surf kat blog saya... kat sini kita boleh berkongsi apa2 aje... tak kiralah apa2 bidang...agama, politik, sosial dan apa2 aje... bisnes pun ok gak... maklumlah nak tambah pendapatan. kalau nak sumbangkan apa2 bahan silakan..
Anda boleh juga berforum kat

http://azizul.x.am/

Wednesday, October 21, 2009

MENU HATI

Hati manusia adalah terlalu unik, berbolak balik, liar dan maknawi sifatnya. Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. Hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. Dan Allah sahaja yang mampu menguasai hati manusia. Dengan apa? Ya, dengan ikhlas.


“Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja, syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke mana pun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku………” (Kata-kata oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani).

Kita memberi bukan untuk menerima. Kita menabur budi bukan untuk dianggap berjasa. Apa yang sepatutnya diharapkan ialah keredhaan Allah semata-mata. Sesungguhnya, apa yang dijanjikanNya lebih baik, kekal dan abadi. Namun, bukan mudah untuk mendapat keikhlasan. Dalam samar mainan rasa kekadang, malah selalu, kita menagih penghargaan dan terima kasih daripada manusia. Padahal manusia sering mengecewakan kita. Sudah masyhur kata bijak pandai, “Siapa yang mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang dilakukannya akan mengalami sakit jiwa.” Mengapa?

Ini kerana umumnya majority manusia tidak pandai berterima kasih. Lalu bersedialah………jika madu yang anda berikan, tuba yang anda akan dapat sebagai balasan. Apakah ini adil? Tentu jawapannya tidak. Namun inilah hakikat dunia – tidak ada keadilan mutlak di dalamnya.

Sering berlaku, yang jahat naik dan terus naik. Ketawa terbahak di puncak. Yang baik terhimpit. Dihenyak terus-terusan tanpa pembelaan. Inilah reality dalam hidup manusia. Tetapi apakah kita akan kecewa? Jawabnya, tidak! Orang beriman percaya akan adanya Allah dan hari Akhirat. Jika di dunia, kebaikan tidak dihargai, tidak mengapa…..di akhirat nanti pasti mendapat ganjaran. Kepercayaan kepada hari akhirat – sense of the end-amat penting ketika kita menjalani hidup di dunia. Kita akan mendapat kekuatan untuk melakukan kebaikan, tanpa mengharapkan balasan.

Anehnya, manusia sering terkesima dengan nikmat dunia. Yang cantik, kaya, berkuasa dan ternama sering dipuji dan dipuja. Manusia memandang si rupawan, hartawan, kenamaan sebagai idola, walaupun kekadang mereka yang disanjung itu begitu unik dan jijik akhlaknya. Aneh, kaca kerap dilihat sebagai permata.

Sepatah ungkapan dipetik dari pantun Melayu klasik: “Puas saya menabur budi, emas juga dipandang orang.” Bunyinya kecewa, putus asa. Apakah kita akan berhenti menabur budi ketika harta dan ringgit terus bertakhta?

Jangan begitu, jika manusia tidak nampak, Allah sentiasa dan selamanya nampak. Rasa bertuhan di dalam hati – feeling of God in you – menyebabkan para mukhlisin terus-menerus melakukan kebaikan. Malah mereka merasa bahagia melakukan satu kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain. Ironinya mereka menyembunyikan kebaikan itu seperti si munafik menyembunyikan kejahatan.

Ketika seorang figure yang terkenal ditanya, “Apakah rahsia kejayaan” beliau sebaliknya berkata, “Aku tidak tahu rahsia kejayaan, tetapi aku tahu rahsia kegagalan. Rahsia kegagalan ialah cuba menyukakan hati semua orang!”

Ya, siapa yang cuba menyukakan hati manusia, akan menerima padahnya…….. Dia tidak akan disukai oleh semua manusia.

Jika disimpulkan semua perkataan dari awal tulisan ini hingga akhir maka satu perkataan sahaja yang boleh dipilih sebagai kesimpulan keseluruhan. Itulah IKHLAS.

“Sejauh mana seseorang itu mampu menghadapi tekanan, sebanyak itulah ganjaran pahala yang bakal diperolehinya. Semakin besar tekanan yang dihadapi, semakin besar nilai pahala di sisi Allah s.w.t.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...