“Aku akan rasa hebat kalau aku dijemput ke pejabat presiden,” kata lelaki pertama. “Ah, itu tidak hebat. Kalau aku dijemput ke pejabat presiden dan presiden berjabat tangan denganku,” kata lelaki kedua. “Itu pun masih belum hebat. Bukan sahaja presiden berjabat dengan aku, malah presiden berbual-bual dengan aku. Itu baru hebat,” lelaki ketiga pula bersuara bangga. “Aku rasa itu pun tak hebat,” kata lelaki ketiga pula bersuara bangga. “Aku rasa itu pun tak hebat,” kata lelaki keempat. “Apa yang lebih hebat?”
“Aku ke pejabat presiden dan ketika itu presiden sedang bercakap di telefon. Melihat aku datang, tuan presiden serta merta meletakkan telefon untuk meraikan aku.” “Hebat…..” ujar mereka hamper serentak. Namun lelaki kelima masih diam. Selamba. “Bagaimana denganmu?” “Aku datang ke pejabat presiden. Dan telefon di mejanya berdering……………. Tuan presiden mengangkatnya, lalu berkata kepadaku, “Panggilan telefon ini untukmu!” Perlahan tetapi jelas kata-kata lelaki kelima. “Ha, ha, ha…… Kau memang benar-benar hebat,” kata mereka kepada lelaki kelima.
Pengajaran:
Orang yang hebat mempunyai harga diri yang tinggi. Mereka tidak meletakkan harga diri mereka berdasarkan “orang besar’ yang mereka kenali. Oleh sebab itu, mereka tidak perlu membodek sesama manusia. Sebaliknya mereka merasa merdeka untuk bersuara dan menyatakan kebenaran tanpa dibelenggu oleh takut atau inferiority complex.
7 warga asing antara ditahan jual kad PR palsu
50 minutes ago
No comments:
Post a Comment