Salam Perkenalan

Assalamualaikum,Selamat Datang dan terima kasih kerana surf kat blog saya... kat sini kita boleh berkongsi apa2 aje... tak kiralah apa2 bidang...agama, politik, sosial dan apa2 aje... bisnes pun ok gak... maklumlah nak tambah pendapatan. kalau nak sumbangkan apa2 bahan silakan..
Anda boleh juga berforum kat

http://azizul.x.am/

Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan...

Salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam diseluruh dunia, kaut banyak-banyak pahala yang disediakan oleh Allah swt dibulan yang mulia.... - pesanan ikhlas dari admin

Friday, July 15, 2011

GOSOK GIGI




Seorang doktor wanita yang cantik dari bandar melakukan satu kajian kesihatan di sebuah kampung. Ketika hampir semua penduduk kampung sudah berkumpul di dalam dewan itu, doktor wanita itu mula bertanya.

Doktor : Menjaga kesihatan haruslah dimulakan dengan kebersihan gigi.. Saya ingin tahu, berapa kali, pakcik-pakcik gosok gigi dalam sehari?

Pak cik Ali : (malu-malu) bagi pak cik, cukuplah sekali sehari…

Pakcik Rizal : Sekali sahaja! Saya 3 kali sehari.

Doktor : Bagus….bila masanya, pak cik menggosok gigi?

Pakcik Rizal : Pagi sebelum mandi. Petang, selepas balik dari sawah, dan malam, sebelum tidur.

Pak cik Azwan :3 kali sahaja sudah sombong…saya 12 kali!

Doktor : Wah… macammana pak cik gosok gigi sampai 12 kali?

Pak cik Azwan : Januari sekali, Februari sekali, March sekali, ….. blaa… blaa


Dipetik dari: http://biaqpila.blogspot.com/2011/07/lawak-ahad-gosok-gigi.html#ixzz1S8Q5cCga

Thursday, July 14, 2011

Wow, BESARnya Buaya!!!!


Seorang jurugambar sangat bertuah apabila berjaya merakamkan aksi yang jarang-jarang dapat diabadikan melalui lensa - seekor buaya besar melompat di Sungai Adelaide lapor AP.

Sepanjang 5.5 meter, Brutus ialah seekor buaya air masin yang hidup di sungai berkenaan dan menjadi perhatian dalam kalangan pelancong di Wilayah Utara Australia kerana keunikannya yang kudung. Brutus kehilangan kaki kanan depan dipercayai selepas bertarung dengan jerung di kawasan muara Sungai Adelaide.
 
Ketika gambar ini dirakamkan, Brutus cuba mencapai daging kerbau yang dihulurkan bersebelahan bot sarat berisi pelancong. Jurugambar terbabit, Katrina Bridgeford, berkata dia tidak menyangka dapat mengambil aksi Brutus dalam keadaan istimewa begitu.

“Buaya itu sangat hampir dengan pelancong dan anda boleh menyentuh Brutus jika menghulurkan tangan ke arahnya,” katanya.

Aktiviti melihat aksi buaya melompat dari sungai adalah tarikan utama aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan.

p/s : BERANI TUL BAGI MAKAN KAT BUAYA NIE....



Tuesday, July 5, 2011

Gol Aidil : Top 10 Goals of the Week

Satu laman web telah menyenaraikan gol Aidil Zafuan ketika menentang Taiwan tempoh hari antara gol yang paling menarik dalam minggu ini. setakat catatan ini ditulis Aidil mendapat 98 % undian (3226 undi) mengatasi 9 penjaring gol cantik yang lain. Memang pun gol Aidil bertaraf dunia, tahniah Aidil. Komen-komen yang diberikan juga agak menakutkan....sila baca sendiri...

10 gol tercantik...


1. Rodolph Austin (assist Diego Guastavino) (Sarpsborg v Brann, June 27, 2011)
2. Monica Ocampo (Mexico v England, June 29, 2011)
3. Lee Trundle (Aalesund v Neath, June 30, 2011)
4. Andriy Yarmolenko (Dynamo Kiev v Astra Ploiesti, July 1, 2011)
5. ‪Heather O’Reilly (United States v Colombia, July 2, 2011)
6. ‪Darlington Nagbe (Sporting Kansas City v Portland Timbers, July 2, 2011)
7. Andy Najar (DC United v Philadelphia Union, July 2, 2011)
8. Mohd Aidil Zafuan (Taiwan v Malaysia, July 3, 2011)
9. Marta (Brazil v Norway, July 3, 2011) (pictured)
10. Jonas Svensson (Rosenborg vs Sarpsborg, July 3, 2011)

Keputusan undian
Which Of The Following Is The Best Goal Of The Week?
  • Mohd Aidil Zafuan (Malaysia) (98%, 3,266 Votes)
  • Darlington Nagbe (Portland Timbers) (1%, 29 Votes)
  • Marta (Brazil) (0%, 12 Votes)
  • Lee Trundle (Neath) (0%, 9 Votes)
  • Jonas Svensson (Rosenborg) (0%, 7 Votes)
  • Heather O'Reilly (United States) (0%, 7 Votes)
  • Monica Ocampo (Mexico) (0%, 3 Votes)
  • Rodolph Austin (assist Diego Guastavino) (Brann) (0%, 3 Votes)
  • Andy Najar (DC United) (0%, 2 Votes)
  • Andriy Yarmolenko (Dynamo Kiev) (1%, 1 Votes)

untuk membaca komen - komen pengunjung  sila ke ....



TAHNIAH AIDIL, ANDA BUAT MALAYSIA BANGGA!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...