Salam Perkenalan

Assalamualaikum,Selamat Datang dan terima kasih kerana surf kat blog saya... kat sini kita boleh berkongsi apa2 aje... tak kiralah apa2 bidang...agama, politik, sosial dan apa2 aje... bisnes pun ok gak... maklumlah nak tambah pendapatan. kalau nak sumbangkan apa2 bahan silakan..
Anda boleh juga berforum kat

http://azizul.x.am/

Friday, March 9, 2012

Orang Terkaya Didunia Adalah Orang Melayu Bukannya Carlos Slim (Mexico)....??? Hahahahaha..

Seperti yang diceritakan wartawan PHILIP GOLINGAI Terjemahan dari entry asal The Star – sorry my english is so bad-aku cuba terjemahkan apa yang termampu..layan fakta mengenai  Kamal Ashnawi aka Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo trillionaire Malaysia..atau manusia terkaya di dunia dengan aset RM20trilion..siapa Kamal Ashnawi dan bagaimana dia memiliki RM20Trilion. Baca sampai habis, aku pasti korang teruja nak tahu..
 Kamal Ashnawi
Beliau seorang warganegara Belanda yang dilahirkan di Tanjung Malim dan mendakwa beliau adalah keturunan Maharaja China dan keturunan beliau dikaitkan dengan keluarga diraja di India, Jawa dan Siam.
Bukan setiap hari kita dapat menemui trillionaire. Jadi apabila saya telah dijemput untuk mewawancara Kamal Ashnawi, orang yang tidak pernah saya kenal, saya berkata ya.
Pada pagi Sabtu, di coffee house sebuah hotel di Kuala Lumpur, saya bersama-sama dengan dua pembantu Kamal menungguKamal Ashnawi yang dikatakan trillionaire .
Dengan memakai topi besbol, baju lengan panjang dan seluar jeans, dia menghampiri meja kami. Kedua-dua pembantu tunduk, menyambut tangan kamal, meletakkan ke dahi mereka seolah-olah menujukkan taat setia mereka dan mencium tangannya.
“Kami memanggilnya Tuanku kerana dia adalah seorang sultan dari Indonesia,” kata seorang daripada pembantu sambil berbisik kepada saya.
Menurut Kamal, beliau adalah seorang warganegara Belanda yang dilahirkan di Tanjung Malim, Perak, pada 1 Januari, 1964.
“Saya keturunan Maharaja China dan di dalam sejarah, keluarga saya melarikan diri dari China ke Kedah. Saya dapati keturunan saya adalah keluarga diraja China, India, Jawa dan Siam, “dakwa lelaki yang juga dikenali sebagai Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo.
“Saya membesar di Tanjung Malim dan keluarga saya di sini adalah sangat sederhana. Tiada siapa dalam keluarga bercerita mengenai darah diraja kami dan kekayaan kami. Tetapi nenek saya pernah memberitahu saya: “Anda seorang yang istimewa dan apabila tiba masanya, anda akan tahu.”
Ketika di Belanda pada tahun 1980-an Kamal “mengetahui siapa dirinya yang sebenar”. Seorang anggota keluarga diraja Indonesia yang dihalau keluar negara oleh Presiden Sukarno, memberitahunya beliau adalah keturunan darah diraja.
Di London pada awal tahun 1990-an, seorang peguam memberitahu Kamal tentang kekayaan keluarga dirajanya. Beliau tidak yakin, meminta peguam tersebut untuk membuktikan dakwaan-nya.
Dia dan peguam terbang dari London ke Hong Kong untuk menemui “penjaga khazanah diraja”. Dari situ, Kamal dan penjaga khazanah mengembara ke Kunming di China.
Mereka mendaki gunung selama empat jam dan menemui gua yang dijaga oleh pasangan tua tidak akan mati (immortals)
“Jika anda cuba untuk masuk tanpa restu mereka, anda akan batuk darah dan mati,” katanya.
Di dalam gua setinggi tiga meter, Kamal melihat jongkong emas yang disusun seperti pagoda, US $ 15mil (RM46JUTA) berupa jed dan AS $ 10mil (RM31JUTA) berupa berlian dan susunan dolar AS.
kamal
“Saya mengambil jongkong emas dan mengetuknya ke batu. Ia benar-benar emas. Khazanah kekayaan dinasti-dinasti yang memerintah China. Kekayaan mereka juga disimpan di gunung lain dan dalam peti besi di seluruh dunia, “katanya.
Tiga tahun lalu, apabila Kamal menonton filem National Treasure lakonan Nicholas Cage, dia ketawa.
“Khazanah dalam filem adalah kecil berbanding dengan kekayaan yang saya lihat dalam gunung,” katanya.
Seterusnya, Kamal menceritakan mengenai mesyuarat dua tahun lalu di Kuala Lumpur bersama Dr Wong Eng Po, seorang doktor diraja dari China.
Dr Wong meletakkan tangannya di atas kepala botak Kamal, maka dengan serta-merta dia tunduk di hadapan Kamal dan mengarahkan lima pengikutnya untuk melakukan perkara yang sama.
“Beliau berkata saya adalah penjelmaan semula Maharaja Nurhaci (1661-1626) China. Dia dapat merasai satu tenaga di atas kepala saya yang luarbiasa kerana maharaja, tidak seperti manusia biasa, untuk berfikir.
“Saya penjelmaan semula dua maharaja China,” tambah Kamal.
Beliau menjelaskan bahawa beberapa tahun yang lalu, keluarga diraja membuat keputusan beliau akan menjadi pentadbir tunggal kekayaan diraja yang disimpan di dalam akaun rahsia dalam kira-kira 1,000 bank di seluruh dunia.
“Ini bermakna bahawa 86.7% daripada wang dunia kepunyaan saya,” katanya.
Sambil mengeluarkan beberapa folder, Kamal berkata: “Anda bertuah, saya membawa beberapa dokumen.”
Beliau mengeluarkan kertas bersaiz A4 dengan gambar-gambar khazanah, gambar pasangan tua yang tak mati (immortals) dan beberapa surat rasmi didakwa dari HSBC mengesahkan beliau mempunyai akaun 5 Trillion euros (RM20trilion).
“Ini adalah jumlah yang kecil. Saya mempunyai lebih banyak wang dalam bank dan lain institusi kewangan yang lain, “katanya.
Saya tertanya-tanya mengapa nama beliau tidak muncul dalam senarai orang terkaya dunia Forbes. Dan syak wasangka dengan dakwaan-Nya.
Walau bagaimanapun, saya tidak dapat mengesahkan dokumen-dokumen itu kerana bank telah ditutup sempena Tahun Baru Cina.
Kamal tidak membuat apa-apa pengeluaran daripada akaun tersebut “ianya bukan wang yang boleh dikeluarkan sesuka hati”.
“Wang tersebut adalah di bawah kawalan Indonesia, Jerman, Britain, Amerika Syarikat dan Bank Pusat Euro,” katanya.
“Saya tidak boleh menggunakan wang itu secara langsung tetapi saya akan melabur dalam projek-projek tertentu. Seperti 3 Tlillion Euros (RM12trilion) bagi menghijaukan gurun di China. ”
Disebabkan ingin tahu, saya tanya apa perbezaan antara jutawan dan trillionaire.
Beliau menjawab: “jutawan perlu menunjukkan beliau mempunyai wang. Tetapi bagi saya, saya tidak perlu untuk menunjukkan bahawa saya mempunyai wang. Saya boleh menaiki bas. Saya boleh memakai selipar. ”
Beliau dilahirkan dalam tahun naga, Kamal percaya bahawa 2012 adalah tahun beliau. Pada bulan Mac, beliau berkata beliau akan berunding dengan institusi-institusi seperti IMF untuk diiktiraf sebagai Maharaja Indonesia.

Dia kata dia kaya. Tetapi cerita hanya boleh kaya.
Semoga dia tidak jadi seperti Elie Youssef Najem, yang  kononnya seorang jutawan dari Lubnan yang menjadi tajuk utama akhbar untuk semua sebab-sebab yang salah.
KESIMPULAN:-aku ketawa berguling-guling..hahahaha..ni dah teruk dah dunia khayalan ni..hahahaha.siap ada penjaga gua yang Immortal lagi..sapa yang percaya dia ni boleh la join 2 orang keldai yang cium tangan dia tu..bawak-bawak la bertaubat  abang Kamal..siap jelmaan semula tu..agama buddha pe mamat ni..lawak terbaik tahun 2012..hahaha


Read more: http://www.nescafeais.com/siapa-kamal-ashnawi-dan-bagaimana-dia-memiliki-rm20trillion/#ixzz1oatTPLYb

Carlos Slim paling kaya di dunia... Dimana Jutawan Malaysia....?


NEW YORK – Bilionair dari Mexico, Carlos Slim mengekalkan kedudukan tempat teratas sebagai individu terkaya di dunia buat kali ketiga berturut-turut dalam senarai majalah Forbes kelmarin.
Beliau memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$69 bilion (RM207 bilion).
Pengasas Microsoft Corporation, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$61 bilion (RM183 bilion).
Ahli perniagaan dari Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett berada di tempat ketiga dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$44 bilion (RM132 bilion).
Peniaga barang-barang mewah yang memiliki syarikat LVMH dari Perancis, Bernard Arnault masih kekal di tempat keempat dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$41 bilion (RM123.41 bilion).
Empat individu teratas itu masih kekal sama seperti senarai Forbes pada tahun lepas.
Wanita paling muda dalam senarai itu ialah pengasas syarikat Spanx, Sara Blakely yang mempunyai anggaran aset berjumlah AS$1 bilion (RM3 bilion) hasil perniagaan pakaian pelangsing badan dan berada pada kedudukan 1,153.
Beliau merupakan antara 104 wanita dalam senarai itu.
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, 27, berada di tempat ke-35 dengan anggaran kekayaan berjumlah AS$17.5 bilion (RM52.67 bilion).
Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg berada pada tangga ke-20 dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$22 bilion (RM66.2 bilion).
Seorang kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal al-Saud memiliki anggaran kekayaan berjumlah AS$18 bilion (RM54.18 bilion) berada pada tangga ke-29.
Menurut perangkaan Forbes, terdapat seramai 1,226 bilionair di dunia.
Sementara itu, Robert Kuok menduduki tangga ke-64 dengan anggaran kekayaan AS$12.4 bilion (RM37.32 bilion) diikuti Ananda Krishnan di tangga ke-93 yang dianggarkan mempunyai kekayaan berjumlah AS$9.9 bilion (RM29.79 bilion).
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary menduduki tangga ke-344 dengan anggaran kekayaan sebanyak AS$3.3 bilion (RM9.93 bilion). – AGENSI


sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0309&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Wednesday, March 7, 2012

Kisah Kehebatan Sultan Muhammad al-Fatih


Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 29 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera"

Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik dan strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud dan rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.WIKIPEDIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...