Salam Perkenalan

Assalamualaikum,Selamat Datang dan terima kasih kerana surf kat blog saya... kat sini kita boleh berkongsi apa2 aje... tak kiralah apa2 bidang...agama, politik, sosial dan apa2 aje... bisnes pun ok gak... maklumlah nak tambah pendapatan. kalau nak sumbangkan apa2 bahan silakan..
Anda boleh juga berforum kat

http://azizul.x.am/

Thursday, April 28, 2011

PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN



 PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net
[Artikel ini telah diupdate pada 28/4/2011. Turut disertakan dengan beberapa informasi baru.]

Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  : mata, batu dan air.
Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah
: tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.

Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.
Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi. 

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama. 

MELAYU - THE LOST TRIBE 

Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-
ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,
Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat. 
Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari : 
  • UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting) 
  • TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor) 
  • TIMUR (funan, okinawa, sulu,)  
  • SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :
"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."
-Nostradamus

saksikan petikan video dibawah...

Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :
 -klik untuk besarkan-

MELAYU DAN YAHUDI

Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.
Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik di sini]
Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.
Wallahualam...

sumber : http://aku-macjay.blogspot.com/2011/04/piramid-melayu-tersembunyi-di-lautan.html

36 comments:

  1. Woi sedar ler sikit... ni hipotesis yg takde asasnyer... ni aku ingatkan kalian semua... keris tu blum menunjukkan itu org melayu... perkataan "mata", "batu" dan "air" pun... what do you expect... 5000-10000 thn dulu... takkan lah bangsa melayu begitu bodoh sampai beribu2 tahun masih guna keris... takde kemajuan langsung... umpama org guna pistol sekarang... 5000-10000 thn akan dtg takkan masih guna pistol lg?... apa hal?... begitu jugak mata, batu dan air tu... sedangkan antara kita pun ada loghat2 berbeza... ni kan plak 5000-10000thn...

    Satu2 empire tu dibina oleh pemimpinnyer yg begitu extra ordinary... cthnyer Islam oleh Umar AlKhatab, Rom oleh Alexandre the Great, British oleh Queen Elizabeth I, Egypt oleh Firaun, Mongol oleh Genghiz Khan, Hun oleh Attila the Hun, dsb. Ambik ler iktibar dr sejarah... pemimpin2 ni sanggup menghadapi cabaran, berani, berprinsip dan bersungguh2 utk berjaya... kejayaan bukan dtg dgn senang... empire jatuh pun sbb pemimpin...

    Melayu masih dgn melayunyer... berbangga dgn keturunan, tp tak melakukan apa2 pembaharuan... org dah pegi ke bulan, kita masih berbangga dgn keturunan (pastu nk tambah keturunan "lost tribe" Yahudi lak?)... saper yg korang agung2kn genius/prodigy melayu tu... Ainan, Sufiah & Adiputra... takde genius nyer derang tu... derang pandai pun bukan dgn sendiri... tp setelah di push hard oleh mak bapak derang... tgk rencana BBC pasal Ainan & Sufiah kalo tak caya (except Adiputra yg memalukan)... akhir kata... "Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yg berusaha mengubahnya"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau mana tahu melayu hanya tahu guna keris je... Kau tahu kereta lembu orang melayu ke reka. Apa makna perkataan kereta. Ikut bahasa melayu ke? atau bahasa jawa. Alexandre the Great tu Iskandar Zulkarnain Ke. Ahli falsafah Pluto tu beragama tuhan yang esa ke/tidak. Jangan nak kondem ilmu orang lain. Buat lah kerja sendiri setakat yang kamu tahu...

      Delete
    2. agama Islam dari ALLAH yg disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W bukannya Umar AlKhatab

      Delete
    3. Ehh!BBC Islam punya ke ?kafir kan?jadi x semestinya sampaikan berita palsu.

      Delete
  2. Betul mcm Anonymous atas tu cakap. 3 perkara asas yg saya terfikir :
    1) nampak bodoh org melayu kalau masih guna keris 5000-10000thn. Kemungkinan besar melayu mengambil dr tamadun lain, i.e. itu bukan tamadun melayu
    2) dr yuotube, terdapat byk video tentang Japanese Atlantis ni. Salah satu darinya ada menunjukkan kaitan dgn salah satu temple berhampiran. Sah2 itu mmg tamadun Jepun, yg rajin dr dulu sampai skrg & bertuhankn "semangat alam semulajadi"
    3) dah piramid/atlantis tu dijumpai di Jepun, jd buat apa nk cari "melayu" (yg ada link dgn "lost tribe") di Nusantara, cari je ler org Jepun & kawin.

    Sah2 penulis ni menulis ikut idea sendiri tanpa fikir panjang... melayu mmg begitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous, cakap jangan pakai lutut, pakai otaklah awak tu pengkaji sejarah ker? berapa banyak dah baca buku sejarah... awak sekolah tinggi maner? cakap logi akal tapi tak pikir salah atau betullll.... kesian....

      Delete
    2. Melayu bukan setakat guna keris jw tetapi BANGSA MELAYU sudah terkenal dahulu kala dengan teknologi senjatanya yang hebat..
      Ingat x semestinya yang ulat buku byk ilmu jika sumbernya tidak sahih dan sengaja diselewengkan oleh pihak tidak bertanggungjawab

      Delete
  3. tapi penulis ni ada usaha nak buat artikel macam ni tak macam ko bodoh, tau nak melepak jer.. ko pi baca buku la buat artikel ko sendiri...

    ReplyDelete
  4. ko ni melayu ker..ni la melayu2 yang patut pupus kat muka bumi nie... PHD tinggi sangat..org macam korg ni la yang mundur... ko tgk negara kita dah maju pun tak reti besyukur... bodoh punya orang!

    ReplyDelete
  5. senang cerita bro....kita semua berasal dari nabi adam then kita berasal dari 1 benua sebab tu la ada persamaan apa pun kita manusia x der beza gak dengan bangsa len

    ReplyDelete
  6. Apalah yang digaduh-gaduhkan... Tunggu masa dan lihat kebenaran, sama ada ianya dongeng atau fakta, biar ALLAH tentukan... nak kata ya, ilmu x ada, nak kata x, jadi fitnah... dari bercakap kosong cuba ambil keywords ini, Nabi Ibrahim ada berkahwin dengan Keturah, siapa generasi hasil dari perkahwinan ini? kedua, akan bersama Nabi Isa dan Imam Mahdi pejuang-pejuang panji hitam dari Timur, siapakah mereka ini? ketiga, dalam kitab-kitab kuno ada perkataan "the promised land", carilah persamaan ciri-ciri yang ada dengan segala negara yang ada. keempat, mengapa salasilah keturunan Melayu tidak jelas? dan adakah pihak yang pernah cuba memadamkan salasilah ini? kelima, siapakah Bani Tamim (Ta Mim) yang disebut-sebut oleh baginda Nabi S.A.W? dan banyak lagi soalan untuk dikaji jika benar-benar meneliti. "Tidak kami turunkan al-Quran itu melainkan sebagai petunjuk bagi orang yang bertaqwa". Sekian.

    ReplyDelete
  7. siapa bangsa itu tak kemana kecuali islam diambil sebagai pegangan dan ikutan..dlm sejarah tak kira bangsa manapun bila dia ikut ajaran islam maka majulah bangsa itu..nak bukti banyakkk dalam buku..:)

    ReplyDelete
  8. kasar sungguh bahasa Anonymous di atas skali....kalau xsetuju pun xyah lah nk emo sgt.....

    ReplyDelete
  9. dia keturunan bangla mcm madey jgk kot...sb tu r anti sgt dgn org melayu...!

    ReplyDelete
  10. kalau x stuju...usaha la kaji fakta2 tu....nak tentukan org laen salah atau x...kite sndiri xpasti....cer kaji....

    ReplyDelete
  11. Assallamualaikum w.b.t.h... Apa nak jadi dengan bangsa kita sekarang nak bergaduh sesama sendiri pasal isu ini secara terbuka... bangsa lain tepuk tangan dan ketawa melihat kita.... kalau dah tak suka jgn mempertikaikan kertelaluan bahasanya kita timbang taralah isu ini sendiri mana budi bahasa kita selaku bangsa melayu wahai sahabat... mana yang baik kita ambil manakala yang buruk jadikan tauladan.... terlalu pro barat pemikiran dan bahasamu wahai sahabat... jangan lupa bangsa yahudi akan cari pelbagai jalan atau cara untuk memusnahkan bangsa kita dan terutamanya agama islam yang cukup kita sayangi.... Allah berikan kita akal dan jangan jadi manusia yang hilang akalnya seolah-olah pemikiran kita sekarang ini wahai sahabat telah diracuni.... Subahanallah... Sekurang-kurangnya kita ada sejarah dibenua lain sepatutnya kita berbangga.... hilangnya teknologi serta ketamadunan oleh bangsa melayu kita sesungguhnya saya mengatakan wallahuallam...ertinya sebarang masalah yang timbul hanya DIA yang maha mengetahui dan menentukan segalanya... Ingatlah ayat suci ini " La Kun Faya Kun".... Kamu manusia hendaklah sedar kembalilah kejalanNYA....

    ReplyDelete
  12. aku suka baca benda macam ni..memang la tak tahu benar atau tidak.benda da lepas siapa pun tak boleh nak imbas balik.cuma yang ada peninggalan nya.tapi tak salah kalau kita ambil pengajaran kan? kita boleh belajar sesuatu dari cerita ni.

    ReplyDelete
  13. wei anonymous atas skali... ko pesal bangang sangat ar.. na emo2 kat cnie.. nak emo g la jd bdk emo.. angin je aku bace komen ko.. bek xya komen ngoi... releks suda.. nie artikel jer.. xtau ag btol ke x beballll.. aku titik jugak bdk nie.. ish.. kecik je aku tengok ko nie an..

    ReplyDelete
  14. Sejarah yang korang semua belajar pasal melayu kat universiti dan sekolah semuanya karangan orientalis kristianisasi. Langsung tak ada kehebatan para wali Melayu Islam yang hebat kat silabus sejarah. Tu maknanya melayu dijajah kepala otaknya. Hanya orang yang guna otak sahaja tak bisa di jajah. Banyakkan membaca artikel bukan untuk menunjuk bijak. Tetapi mencari kebesaran Allah. Tu namanya Ilmu yang berguna. Jangan kondem ilmu orang lain. Orang lain berilmu jumpa kebesaran Allah. Kita yang tak tahu ape kebenda sesuatu bendapun pasti tak jumpa kebesaran Allah.

    ReplyDelete
  15. Alahai Melayu... Apa sangat la yang nak diagungkan pada bangsa? Kalau mati, ke tanah juga akhirnya... bukan bangsa penentu nasib kat akhirat sana... asyik2 nak gembar gemburkan keagungan bangsa.. Kalau dah pandai sangat ilmu tu sampai ke langit, cuba keringkan lautan... pastu tengokla melayu ke, bangla ke, indon ke, sume tinggal kat mana? Bumi Allah... tak payah nak condemn atau agungkan mana2 bangsa... betulkan diri sendiri dulu... Kalau diri tu dah jamin gerenti masuk syurga takpa lah... Sedangkan Nabi yang dah dijanji syurga pun takda langsung tinggalkan hadis agung2kan bangsa Quraisy... ini kan pula Melayu nak tunjuk terer... Astaghfirullahalazim.... Taubat2....

    ReplyDelete
  16. nie semua taktik bangsa lain nak bagi bangsa melayu khayal dengan kisah silam...maaf ye artikel ini saya republish dari blog lain nak berkongsi info dengan yang lain aje...

    ReplyDelete
  17. thanx to writer sbb ad inisetif utk berkongsi dgn rakan2 yg lain.... ak ad jugak membaca dan membuat research dgn benda2 nie.... korang yang lain2 jgn la emosi... writer just nk kongsi dgn kita pe yg dier baca... mungkin korang2 bukan lah org yg suka dgn artikel2 mcm ni... tp percaya lah.... klu korang buat research dgn pelbagai buku, mungkin korang akan berfikir kembali pasal artikel ini... its not just bout history, mungkin ad kaitan dgn asal usul keturunan kita dan agama... thanx again writer..
    Alif Azmir Roslam

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 more thing, saya rasa the lost tribe tu bkn lost tribe yahudi, itu lost tribe of israel. yahudi ini salah satu puak israel. AAR

      Delete
  18. fasal apa korang ni bangang sgt tentang melayu ni....korang sedar x piramid tu dulu bangsa melayu yg 1st time bina dan diikuti bangsa len kt dunia...Bacalah ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU/MELAYU NUSANTARAKU/HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA....bukak kepala hotak korang ni...jgn nk agungkan bangsa len...bangsa sndiri ade teknologi dan kepandaian x nak bangga...sial arr kalu terus banggakan bangsa yahudi je....melayu ni asal dr keturunan 13 bangsa yg hilang (lost ribe) ...hanya kita je yg brthn smpai skang... x lama melayu juga yg bangunkan sitem islam yg sbenar lps benua arab musnah....info ni kajian fakta bkn auta.....bodoh piang nak mampos korang yg menidakkan info ni.....korek otak korang tu basuh bg pandang jauh utk bangsa kita...lost tribe of israel tu lah kita sbnarnya (MALAYU) bengong!!!..... ayat mcm bagus sgt..sejarah belum tentu A+...jgn ngaku bangsa melayu kalu sejarah bangsa pun x tau nk cari!!!jgn nk slahkan info org len je fahammm.... sy sokong blog ni..salam

    ReplyDelete
  19. teruskan mengkaji kerana sejarah melayu ini banyak yang palsu dari yang betol

    ReplyDelete
  20. biasa laa... kalau xnak terima fakta.... tu kat thailad dah trang2 ade filem bangsa kita berperang pakai pistol bagai.... empayar kerajaan melayu mcm mana.. tp kita dok nafikan

    ReplyDelete
  21. Ada pembangsat telah di brainwash oleh kemajuan teknologi sekarang sampai usul bangsanya dibutakan oleh pemikiran orientalis barat yg cuba sedaya upaya menidakkan tinggalan sejarah bangsa melayu. Begitulah takdir tuhan seperti mananya terjadi pada umat2 dahulu yg dihapuskan oleh Allah Taala dari mukabumi akibat perbuatan mereka sendiri.

    Bukanlah kerana bangsa lain yang menjahanamkan sejarah bangsa melayu melainkan melayu itu sendiri yang terkial2 menunjukkan dia yang terhebat dgn komentar-komentar yg jahat dan keji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka hamba mind-control menganuti/berpegang pada ideologi2 ciptaan Yahudi Zionis - Sosialisme,Komunisme,Rasionalisme,Masonarisme,Sekularisme,Liberalisme,Nasionalisme,Kapitalisme,Demokrasi,Humanisme,Materialisme,Idealisme,Positivisme,Fanatisme,Dogmatisme,Tradisionalisme,Imperialisme

      Delete
    2. Dan mencipta tuhan-tuhan daripada ideologi/fahaman ciptaan Yahudi Zionis tu

      Delete
  22. Cukup-cukuplah bergaduh pada hal yang remeh-temeh fokuslah pada hal yang lebih besar iaitu masalah umat islam sekarang..macam mana umat Islam nak bersatu kalau dengan bangsa sendiri pun masih nak bergaduh

    ReplyDelete
  23. sejarah asal dan teknologi peradaban melayu dh lama hanyut ke benua eropah sperti portugis,sepanyol dan britain..time diorng jajah..smue² kitab hikayat melayu dan sebagai nya dbawa lari..lpas pnjajahan diorang putar belitkan fakta² tentang melayu dan hasilnya buku² sejarah yg ada dalam malaysia nieh kbanyakannya auta..melayu adlah bangsa pertama mencipta pemetik api mnggunakan tanduk kerbau..pistol dahulu nya adlag teknologi org melayu yg dpanggil Terakul..meriam juga sebagai nya..tpi buku sejarah yg ada skang hnya mnunjukkan melayu suka main tombak ngan keris je..filem² mngenai warisan melayu kt malaysia lagi lha..klo nak kondem pon x bole jugak..mmg dh jadi tanggungjwab sebagai bangsa melayu untuk memartabatkan kembali melayu..klo itu pon disangkal...LEBIH BAIK JANGAN MENGAKU MELAYU!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...