Salam Perkenalan

Assalamualaikum,Selamat Datang dan terima kasih kerana surf kat blog saya... kat sini kita boleh berkongsi apa2 aje... tak kiralah apa2 bidang...agama, politik, sosial dan apa2 aje... bisnes pun ok gak... maklumlah nak tambah pendapatan. kalau nak sumbangkan apa2 bahan silakan..
Anda boleh juga berforum kat

http://azizul.x.am/

Wednesday, April 27, 2011

Rahsia Nafas Melayu



Pernah kah anda mendengar ilmu nafas ..?Cara mengamalkan ilmu ini dengan cara menfokuskan suhu badan dan pergerakan keluar masuk nafas melalui hidung dan digabungkan dengan sedikit ilmu firasat. Dengan cara ini seseorang itu tahu kekurangan diri seseorang itu samada ada sihat atau tidak.

Banyak seni pertahanan diri seperti silat mempunyai ilmu dan kaedah berkaitan nafas ini .Begitu juga senaman Yoga pun menitik beratkan cara mengolah pernafasan.Ilmu pernafasan ini sebenarnya sudah pun di amalkan oleh orang –orang tua dulu.orang melayu dulu-dulu mempunyai kemahiran menyimpan atau
menahan nafas sehingga berjam-jam lamanya di dalam lautan atau sungai jika mahu dan ada juga kebal daripada senjatan tajam seperti parang dengan hanya mengawal pernafasan sahaja..!..Semua ini berkaitan dengan nafas.

Mat Kilau pun menggunakan ilmu nafas untuk pura-pura mati sehingga beberapa hari untuk mengelirukan Inggeris.Seterusnya menyelamatkan dirinya daripada dibunuh oleh pihak Inggeris.

Paling menarik sekali, ada juga orang-orang tua kita yang membunyikan zikir-zikir tertentu ketika masuk atau keluarnya nafas mereka.Ilmu ini tersangat rahsia dan jika kita hendak mempelajarinya, carilah guru yang benar-benar tahu tentang ilmu ini.

Ada juga mengawal nafas dengan hanya membaca surah al-fatihah secara 1 nafas,3nafas dan 7 nafas bagi melancaran pergerakan nafas dengan betul.Faedahnya tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan terhindar daripada sakit dengan izin Allah..

Cara lain pulak ,anda perlu anda tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dan mendalam selama 5 saat, maka tahan nafas anda selama 20 saat dan hembus nafas perlahan-lahan selama 10 saat, ia terpulang kepada anda, tetapi jangan lupa membuat secara berulang-ulang mengikut kemampuan anda.

Jika perlu,anda juga boleh menahan nafas dalam masa 4 kali ganda lebih lama berbanding masa sedutan nafas supaya semua gas oksigen yang disedut itu akan digunakan secara optima oleh setiap sel badan kita.

Cubalah anda bernafas dengan cara ini bermula dari 10 kali sedutan 3 kali sehari daninsyaAllah anda akan merasakan kelainannya seperti lebih tenang, lebih bertenaga dan lebih sihat, cubalah . Lebih elok lagi jika latihan nafas ini anda lakukan selepas solat, dikala hati dan jiwa kita tenang.

Mungkinkah nenek moyang kita dahulukala selalu mempraktikkan ilmu nafas mereka setiap hari atau lebih hebat lagi mereka selalu melakukan riadah riadah jiwa seperti ini yang membuatkan orang-orang melayu dulu mempunyai ilmu persilatan yang tinggi serta tubuh badan sihat tidak seperti orang zaman sekarang..

1 comment:

  1. Salam,

    Menarik posting ini. Untuk mendapat rahsia terhebat nafas Melayu dan kuasa diri insan lawati http://rahsiakhalifah.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...