Salam Perkenalan

Assalamualaikum,Selamat Datang dan terima kasih kerana surf kat blog saya... kat sini kita boleh berkongsi apa2 aje... tak kiralah apa2 bidang...agama, politik, sosial dan apa2 aje... bisnes pun ok gak... maklumlah nak tambah pendapatan. kalau nak sumbangkan apa2 bahan silakan..
Anda boleh juga berforum kat

http://azizul.x.am/
Showing posts with label soalan. Show all posts
Showing posts with label soalan. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Soal - Jawab Agama

Tuesday, February 9, 2010

Solat Itu Buang Masa?

from Genta Rasa by gentarasa

“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.



Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:

“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?”

Tuesday, October 13, 2009

Soalan Pelik, Jawapan Cerdik

Soalan Pelik, Jawapan Cerdik




Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah

seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"



Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4,

kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya

seharusnya berada di tempat yang sama juga!".



Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua.

Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan

tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan

ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di

darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua

dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian

yang akan diberikan.



Pengetua: Apa 3 x 3?

Abu: 9

Pengetua: Apa 6 x 6?

Abu: 36

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...