Salam Perkenalan

Assalamualaikum,Selamat Datang dan terima kasih kerana surf kat blog saya... kat sini kita boleh berkongsi apa2 aje... tak kiralah apa2 bidang...agama, politik, sosial dan apa2 aje... bisnes pun ok gak... maklumlah nak tambah pendapatan. kalau nak sumbangkan apa2 bahan silakan..
Anda boleh juga berforum kat

http://azizul.x.am/
Showing posts with label menu hati. Show all posts
Showing posts with label menu hati. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Ilmu untuk di kongsi bersama dari seorang hamba Allah

Dipetik dari email yang diterima


Salam... Saudaraku,
 
 
 Pesanan terbaik dari seorang rakan..... 
 
 Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.
 Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah
 saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut
 putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada
 saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik
 berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali
 itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. 
 
 

Perkara- Perkara Yang Membuat Kita Hilang INGATAN dan TUMPUL MINDA :

Perkara- Perkara Yang Membuat Kita Hilang INGATAN dan TUMPUL MINDA : 
Kurangkan makan bawang besar
 
Kurangkan makan berempah 
Kurangkan makan ketumbar kering 
Kurangkan menonton hiburan 
Kurangkan membaca majalah hiburan 

Friday, March 12, 2010

Cerita Paderi vs. Pemuda Islam

*Dipetik dari email yang diterima


Bismillahirrahmanir rahim.


Hayati kandungannya
Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan
manfaat untuk kita, insya Allah... Bila Paderi Terpaksa Buka

Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru selesai pengajiannya diAmerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Wanita : Di Mana Hilangnya Malu?

*Dipetik dari email yang diterima


SEORANG wanita melintas jalan. Dia cantik dan bergaya. Kulitnya mulus, pipinya gebu, bibirnya ‘ulas limau’, alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya. Dadanya juga agak bidang. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh beralun sekali-sekala mengikut pergerakan tubuhnya.

Mata-mata yang melihat mula berimaginasi. Imaginasi itu sudah pasti yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal-hal yang baik.

Di satu sudut yang lain, seorang gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna duduk di tepi taman. Di sisinya seorang lelaki sederhana tinggi yang juga berpakian sopan.

Thursday, February 11, 2010

Rahsia Angka 13 - rahsia solat

Petikan dari email yang diterima

Sekadar berkongsi ilmu


Assalamua'laikum wr wb......... ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......



1 - Niat Sembahyang :

Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.



2 - Berdiri Betul :

Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.



3 - Takbir-ratul Ihram :

Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

Wednesday, February 10, 2010

Merancang Perubahan

Petikan yang diterima dari email

Perubahan akan terus berlaku, sama ada bersama kita atau tanpa kita. Orang yang dapat bersama-sama dengan arus perubahan, tentunya lebih bersedia dan beruntung daripada mereka yang tidak bersedia menerima perubahan atau terpaksa menerima perubahan.

Perubahan yang dipaksakan ke atas kita adalah suatu yang amat menyeksakan, kerana kita terjebak dengan suatu keadaan yang tidak disangka-sangka. Perubahan yang dipaksakan ke atas organisasi atau masyarakat, pastinya akan mengundang protes atau penentangan. Di sana ada kata-kata hikmah yang berbunyi “manusia akan memusuhi sesuatu yang tidak diketahuinya”, atau “semakin banyak perkara yang tidak jelas tentang sesuatu, semakin sukar kita menerimanya.” Justeru, untuk sesuatu perubahan berlaku dengan tertib dan mendapat penerimaan, perlu ada persediaan untuk menerima perubahan tersebut. Justeru, untuk meminimumkan protes atau bantahan terhadap perubahan, para pendukung perubahan (agen perubahan) perlulah melakukan beberapa proses agar perubahan yang ingin dilaksanakan mendapat penerimaan masyarakat. Bahkan tahap tertinggi yang perlu diusahakan adalah apabila kita dapat merancang perubahan.

Jgn silap guna perkataan "MasyaAllah" Dan ''BYE''

petikan dari email yang diterima


CORRECT, CORRECT, CORRECT, ...Alhamdulillah ,,, tolong sebar-sebarkan.


Sebarkan kepada kawan/ sahabat. Kadang2 kita terpengaruh dengan, terutama citer p. ramlee yang banyak menggunakan 'masyaallah' situasi yang silap. Bayangkan jika anda forwardkan kepada lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking, in this case, pahala yang berganda bukan duit..

Di dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz 'MasyaAllah' ketika dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam

petikan email yang diterima


Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang


bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia

dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira

kepada suaminya dan memohon kerelaannya."



Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana

senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki

suami ketika pulang dalam keletihan.

Jangan sesekali merendahkan org lain dgn niat jahat.

Baca dan hayati cerita ini... semoga jadi panduan bersama

Tuesday, February 9, 2010

Solat Itu Buang Masa?

from Genta Rasa by gentarasa

“Mengapa orang Islam banyak buang masa untuk bersembahyang?” Anda terkejut? Sudah tentu. Ini adalah soalan yang jarang kita dengar. Soalan ini ditanyakan pada saya lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika berada di Jepun. Ia diajukan oleh pelajar-pelajar Jepun yang melihat pelajar-pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam.



Sebelum menjawab soalan ini, saya menyoal kembali pelajar-pelajar Malaysia yang hadir dalam majlis usrah itu:

“Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu di sini, tidak di Malaysia?”

Tuesday, January 5, 2010

Sakitnya Mati

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.





Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.

Wednesday, October 21, 2009

MENU HATI

Hati manusia adalah terlalu unik, berbolak balik, liar dan maknawi sifatnya. Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. Hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. Dan Allah sahaja yang mampu menguasai hati manusia. Dengan apa? Ya, dengan ikhlas.


“Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat. Aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja, syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke mana pun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku………” (Kata-kata oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim Rabbani).

Siapa Lebih Hebat?

“Aku akan rasa hebat kalau aku dijemput ke pejabat presiden,” kata lelaki pertama. “Ah, itu tidak hebat. Kalau aku dijemput ke pejabat presiden dan presiden berjabat tangan denganku,” kata lelaki kedua. “Itu pun masih belum hebat. Bukan sahaja presiden berjabat dengan aku, malah presiden berbual-bual dengan aku. Itu baru hebat,” lelaki ketiga pula bersuara bangga. “Aku rasa itu pun tak hebat,” kata lelaki ketiga pula bersuara bangga. “Aku rasa itu pun tak hebat,” kata lelaki keempat. “Apa yang lebih hebat?”

Kulit Pisang

Seorang lelaki separuh umur kelihatan sedang tertawa seorang diri sambil memandang kulit pisang yang terbuang di tengah jalan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Dan kemudian tertawa lagi. Begitulah, kelihatannya berulang-ulang kali.


Perbuatannya diperhatikan oleh seorang remaja dari jauh. Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, dia bertanya: “Pak Cik, kenapa Pak Cik ketawa?”

Anak Murid Kesayangan

Seorang guru sangat mengasihi seorang anak muridnya berbanding yang lain, sehingga murid-murid yang lain begitu cemburu. Mereka yang cemburu itu menuduh guru itu pilih kasih, tidak adil dan sebagainya. Ini menyebabkan guru itu mencari jalan bagaimana hendak menjelaskan kenapa dia bersikap sedemikian.

Satu hari guru itu memberikan seekor ayam kepada setiap anak muridnya. Dia menyuruh setiap orang menyembelih ayam itu di tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Tidak lama kemudian, semua anak murid pulang,masing-masing dengan ayam yang telah disembelih di tangan. Ada yang menyembelihnya di dalam hutan, di sebalik batu dan tempat-tempat lain yang tidak dapat dilihat orang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...