Salam Perkenalan

Assalamualaikum,Selamat Datang dan terima kasih kerana surf kat blog saya... kat sini kita boleh berkongsi apa2 aje... tak kiralah apa2 bidang...agama, politik, sosial dan apa2 aje... bisnes pun ok gak... maklumlah nak tambah pendapatan. kalau nak sumbangkan apa2 bahan silakan..
Anda boleh juga berforum kat

http://azizul.x.am/

Wednesday, October 21, 2009

Anak Murid Kesayangan

Seorang guru sangat mengasihi seorang anak muridnya berbanding yang lain, sehingga murid-murid yang lain begitu cemburu. Mereka yang cemburu itu menuduh guru itu pilih kasih, tidak adil dan sebagainya. Ini menyebabkan guru itu mencari jalan bagaimana hendak menjelaskan kenapa dia bersikap sedemikian.

Satu hari guru itu memberikan seekor ayam kepada setiap anak muridnya. Dia menyuruh setiap orang menyembelih ayam itu di tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Tidak lama kemudian, semua anak murid pulang,masing-masing dengan ayam yang telah disembelih di tangan. Ada yang menyembelihnya di dalam hutan, di sebalik batu dan tempat-tempat lain yang tidak dapat dilihat orang.

Namun, anak murid yang dikasihi oleh guru tadi pulang agak lewat. Dan ditangannya ayam itu masih hidup, yakni belum disembelih. “Adakah kamu gagal menyembelih ayam ini?” Tanya guru. “Saya tidak dapat menemui tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa.” “Maksud kamu?” “Di mana pun saya pergi Allah sentiasa melihat,” ujar anak murid kesayangan guru ini. Mendengar jawapan dan melihat sikap itu, tahulah anak-anak murid yang lain mengapa guru mereka sayangkan rakan mereka itu.

Teladan….

Mendidik ketika kecil umpama mengukir di atas batu. Manakala mendidik ketika dewasa bagai mengukir di atas air. (Maksud pepatah Arab). Didik secara perlahan-lahan tetapi istiqamah. Minta bantuan Allah. Berdoa jangan dilupakan.Usaha dan tawakal mesti seiringan. Usaha tanpa tawakal itu sombong. Ikhlaslah dalam mendidik ikhlas!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...