Salam Perkenalan

Assalamualaikum,Selamat Datang dan terima kasih kerana surf kat blog saya... kat sini kita boleh berkongsi apa2 aje... tak kiralah apa2 bidang...agama, politik, sosial dan apa2 aje... bisnes pun ok gak... maklumlah nak tambah pendapatan. kalau nak sumbangkan apa2 bahan silakan..
Anda boleh juga berforum kat

http://azizul.x.am/

Wednesday, October 21, 2009

Kulit Pisang

Seorang lelaki separuh umur kelihatan sedang tertawa seorang diri sambil memandang kulit pisang yang terbuang di tengah jalan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Dan kemudian tertawa lagi. Begitulah, kelihatannya berulang-ulang kali.


Perbuatannya diperhatikan oleh seorang remaja dari jauh. Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, dia bertanya: “Pak Cik, kenapa Pak Cik ketawa?”

“Pak Cik ketawa tengok kulit pisang tu nak…..” “Apa yang pelik dengan kulit pisang tu?”. Pak Cik itu terus ketawa dan berkata: “Begini. Sejak tadi Pak Cik perhatikan telah lima orang jatuh tergelincir kerana terpijakkan kulit pisang itu. Tapi tiada seorang pun yang mengutip dan membuangkannya ke tepi, agar orang lain tidak tergelincir lagi.” Remaja itu turut sama-sama ketawa. Namun tidak lama kemudian dia bangun dan mengutip kulit pisang yang dimaksudkan dan membuangnya dari tengah jalan itu. “Eh….nak, kenapa kamu buang?” “Saya tidak mahu terus ketawa melihat orang lain jatuh!” jawab remaja itu.

Kali ini Pak Cik itu pula termenung. Ketawanya hilang tiba-tiba.

Pengajaran:

Sering berlaku kita ingin orang lain “terkena” setelah kita terkena. Pada hal kita seharusnya “memindahkan” pengalaman pahit yang kita alami sebagai peringatan untuk orang lain, agar tidak terjebak sama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...