Salam Perkenalan

Assalamualaikum,Selamat Datang dan terima kasih kerana surf kat blog saya... kat sini kita boleh berkongsi apa2 aje... tak kiralah apa2 bidang...agama, politik, sosial dan apa2 aje... bisnes pun ok gak... maklumlah nak tambah pendapatan. kalau nak sumbangkan apa2 bahan silakan..
Anda boleh juga berforum kat

http://azizul.x.am/

Wednesday, February 10, 2010

Merancang Perubahan

Petikan yang diterima dari email

Perubahan akan terus berlaku, sama ada bersama kita atau tanpa kita. Orang yang dapat bersama-sama dengan arus perubahan, tentunya lebih bersedia dan beruntung daripada mereka yang tidak bersedia menerima perubahan atau terpaksa menerima perubahan.

Perubahan yang dipaksakan ke atas kita adalah suatu yang amat menyeksakan, kerana kita terjebak dengan suatu keadaan yang tidak disangka-sangka. Perubahan yang dipaksakan ke atas organisasi atau masyarakat, pastinya akan mengundang protes atau penentangan. Di sana ada kata-kata hikmah yang berbunyi “manusia akan memusuhi sesuatu yang tidak diketahuinya”, atau “semakin banyak perkara yang tidak jelas tentang sesuatu, semakin sukar kita menerimanya.” Justeru, untuk sesuatu perubahan berlaku dengan tertib dan mendapat penerimaan, perlu ada persediaan untuk menerima perubahan tersebut. Justeru, untuk meminimumkan protes atau bantahan terhadap perubahan, para pendukung perubahan (agen perubahan) perlulah melakukan beberapa proses agar perubahan yang ingin dilaksanakan mendapat penerimaan masyarakat. Bahkan tahap tertinggi yang perlu diusahakan adalah apabila kita dapat merancang perubahan.


Perubahan yang dirancang akan dapat mengurangkan tekanan atau kesan yang tidak diingini oleh mereka yang menerimanya. Kita perlu menjadi arus yang merubah masyarakat, bukan buih yang dihanyutkan arus. Apabila matlamat telah ditetapkan, maka laluan untuk mencapainya juga perlu dirangka. Mungkin ada laluan pantas tetapi sukar, ataupun laluan mudah tetapi panjang dan jauh. Tidak mustahil juga akan menemui laluan yang panjang dan sukar. Ini semua memerlukan perjuangan dan usaha untuk melaluinya.



Marilah kita bersedia berubah, dan apa yang lebih penting ialan merancang perubahan yang kita inginkan. Jangan biarkan diri kita dipaksa menerima perubahan yang tidak diinginkan. Agar kita menjadi generasi yang mencipta perubahan, merancang dan melaksanakannya, bukan hanya berserah kepada perubahan yang dipaksakan……………… Adakalanya yang bercakap tentang perubahan pun tidak pasti dimana harus bermula……….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...