Dipetik dari email yang diterima
Salam... Saudaraku,
Pesanan terbaik dari seorang rakan.....
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.
Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah
saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut
putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada
saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik
berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali
itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam.
Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan
perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris
yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan
penting, tapi ada tiga
surah yang beliau 'pegang' betul-betul ,
dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga.
Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak
supaya pegangnya betul-betul.
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.
http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/001.qmt.html
Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta
bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul.
Mudah-mudahan dengan 'menjaga'
bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu
bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
Kedua, Surah
Al-Ikhlas.
http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/112.qmt.html
Surah ini, katanya surah
tauhid..
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti
untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak
ikhlas.
Ketiga, surah Al-Kafirun.
http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/109.qmt.html
Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena
dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman
globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya
pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman
globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar
sampai ke Amerika atau ke
mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia
akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang
beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku
agamaku' .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu
lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya,
mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu.
Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu
teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya,
kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat
supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa
yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan
hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat,
maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan
iman,
kata pak
cik.
Ketiga, kuat fizikal
Pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk
dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman,
jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya,
kekuatan masih tak seimbang, katanya.
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga
kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya
setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu
beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain.
Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.
Iqra'.....!
Take a break…….meditate…3 minutes & calm your
mind…
Surah Al-Ikhlas.
1. Katakanlah (wahai Muhammad); ' (Tuhanku) ialah Allah
Yang Maha Esa;
2. 'Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk
memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. 'Dan tidak ada sesiapa pun yang setara
dengan-Nya'.
Tuesday, March 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment