Salam Perkenalan

Assalamualaikum,Selamat Datang dan terima kasih kerana surf kat blog saya... kat sini kita boleh berkongsi apa2 aje... tak kiralah apa2 bidang...agama, politik, sosial dan apa2 aje... bisnes pun ok gak... maklumlah nak tambah pendapatan. kalau nak sumbangkan apa2 bahan silakan..
Anda boleh juga berforum kat

http://azizul.x.am/
Showing posts with label al-quran. Show all posts
Showing posts with label al-quran. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Sejarah Ayat Qursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt Sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari

Friday, October 21, 2011

TEORI ANGKA 2012 DAN AL-QURAN




Assalamualaikum dan salam blogger,
Sebelum anda meneruskan pembacaan ada perlu di ingatkan

Ali Adam yang membuat kajian tentang surah ar_Rahmaan ini menegaskan, beliau bukan meramal tentang hari kiamat. Kajian beliau tertumpu kepada hubungan nombor perdana di dalam al-Quran. Dalam kajian itu beliau menemui kemungkinan berlaku 31 peristiwa dalam 2012 yang menggemparkan dunia didalam surah ar-Rahmaan.


Hanya Allah sahajalah mengetahui bila kiamat;
Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Nahl 16:77)


Walau bagaimanapun kebanyakan tanda2 kecil dan tanda2 besar kiamat sudah ada yang muncul; boleh rujuk buku 40 hadis tanda kiamat.



Nombor Perdana adalah Kuncinya 

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999. Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;

13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77
dan jumlahnya

13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433

merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!

tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).
Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);

30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days


Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).

Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.

Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.

Apakah Peristiwa Itu?

Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.

"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم


فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟ 

فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ


But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stone
s are its fuel;  it is prepared for the unbelievers.


"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:

بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ 

فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.


" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]



بسم الله الرحمن الرحيم      أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.



Read more: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2011/10/teori-angka-2012-dan-al-quran.html#ixzz1bJIl3M5p

Monday, August 22, 2011

LINK BACAAN AL-QURAN DAN TERJEMAHAN




Al-Quran & Terjemahan – Bezanya

Terjemahan adalah pemilihan kata-kata oleh manusia berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca. Kitab Al-Quran yang sebenarnya adalah ayat-ayat dalam bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bentuk wahyu sekitar Mekah dan Madinah dan dilindungi Allah swt sehingga ke akhir zaman. Al-Quran tidak mempunyai versi kerana ia hanyalah satu, sebuah kitab sahaja. Al-Quran adalah kata-kata dari Allah swt . Adalah diingatkan sekali lagi bahawa laman ini hanya terjemahan bukan kitab Al-Quran yang sebenar.

Marilah kita bersama-sama membaca dan metelaah Al-Quran di masa lapang, sambil membaca Al-Quran di dalam bahasa Arab, marilah kita sama-sama memahami maksud Al-Quran dalam bahasa Arab itu. Tetapi dalam pada itu adalah diingatkan untuk memahami ayat yang tersirat maksudnya adalah perlu kita rujuk kepada ustad-ustad, lihat ayat tersebut dalam konteks. Kenapa ia diturunkan. Supaya kita tidak salah tafsir. Laman web ini menerangkan konteks bila dan kenapa surah diturunkan.

Dari surah Al-i-Imran, ayat 7 :

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Marilah kita mula membaca terjemahan dengan surah pembuka, ibu segala surah, –> Al- Fatihah

Sekian, Wassalam.

LINK UNTUK MENDENGAR BACAAN AL-QURAN SERTA TERJEMAHANNYA

AlQuran-Melayu.com


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/search?updated-max=2011-08-19T18:00:00-07:00&max-results=3#ixzz1VjBNiRIk

Wednesday, August 3, 2011

Misteri Angka Tujuh dalam Al-Quran

Banyak orang yang tidak percaya bahawa Al-Quran adalah wahyu ALLAH. Tetapi ketika ALLAH menentang manusia agar membuat kitab seperti Al-Quran, tidak ada satu pun manusia yang mampu. Ya, Al-Quran adalah mukjizat yang luar biasa dipandang dari sudut ilmu mana pun. Sebagai kitab suci yang berlaku sepanjang masa, Al-Quran mengandung berbagai mukjizat. Mulai dari mukjizat linguistik, keghaiban, jagat raya, perubatan, matematika, dan mukjizat-mukjizat lain yang kesemuanya dapat diketahui sesuai dengan kemampuan dan waktu kapan manusia hidup.
Kemukjizatan Al-Quran yang mencakup semua bidang ilmu membuat para ilmuwan dari berbagai disiplin ilmu berlumba-lumba mengungkapkan

Tuesday, March 16, 2010

Ilmu untuk di kongsi bersama dari seorang hamba Allah

Dipetik dari email yang diterima


Salam... Saudaraku,
 
 
 Pesanan terbaik dari seorang rakan..... 
 
 Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.
 Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah
 saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut
 putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada
 saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik
 berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali
 itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. 
 
 

Friday, March 12, 2010

Cerita Paderi vs. Pemuda Islam

*Dipetik dari email yang diterima


Bismillahirrahmanir rahim.


Hayati kandungannya
Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan
manfaat untuk kita, insya Allah... Bila Paderi Terpaksa Buka

Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru selesai pengajiannya diAmerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Berita Harian Online | Pelupusan ayat Al-Quran perlu ikut tertib

Berita Harian Online Pelupusan ayat Al-Quran perlu ikut tertib

alhamdullilah... ade juga usaha -usaha camni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...